fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di Kedah naik semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk memasang pukat ikan ketika banjir di Kampung Jelutong, Kuala Nerang hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat semula kepada 470 orang daripada 164 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Sebanyak empat PPS dibuka pada semalam diikuti satu lagi pada hari ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 254 orang daripada 94 keluarga berada di dua PPS di Kubang Pasu, diikuti 167 orang daripada 52 keluarga di dua PPS di Pokok Sena.

Sementara di Padang Terap, seramai 49 orang daripada 18 keluarga ditempatkan di satu PPS.

Dalam pada itu, lima sungai kembali berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu; Sungai Perik di Padang Terap serta dua lokasi di Sungai Anak Bukit iaitu di Taman Aman dan Jambatan TAR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI