fbpx

Anwar imbau peranan besar Tun Jugah di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Kapit hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengimbau kembali peranan besar yang dilakukan Tun Temenggung Jugah dalam mendirikan negara bangsa Malaysia.

Menurut beliau, Tun Jugah yang merupakan anak jati Kapit tidak menerima pendidikan formal termasuk sekolah dan universiti, tetapi punyai jiwa dan sikap ihsan yang jitu, tinggi kefahaman mengenai politik rantau dan mempunyai kesedaran yang jelas mengenai masa depan dan kedudukan bangsa.

“Sebagai pemikir dan pejuang bangsa, Tun Jugah mengemudi masyarakat di saat negara dan dunia yang berantakan berlatarbelakangkan perang dingin (cold war) antara blok Barat yang diketuai Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (USSR/Rusia) yang mengepalai blok Timur.

“Alhamdulillah, saya berasa amat gembira dapat bersama warga Kapit saat hadir ke Dewan Suarah Kapit ini buat kali kedua pada hari ini.

“Kali pertama saya hadir ke bumi Kapit semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada 1995 bersama ayahanda Ahli Parlimen Kapit, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Anak Jugah di pentas sama selepas 29 tahun,” tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan siri lawatan rasminya ke Sarawak semalam sambal diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Tambah Anwar, beliau turut menyatakan secara tegas bahawa Kerajaan Persekutuan komited kepada menunaikan janji yang dimeterai bapa dan pendiri negara yang terdahulu melalui Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya tidak bersikap defensif dalam hal ini, malah akan terus pastikan visi dan wawasan pemuka dan pendiri negara dimaknai secara bijaksana, cermat dan berhemah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI