fbpx

Ambulans terbalik elak motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN ambulans yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 115.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Empat petugas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan terselamat selepas ambulans yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 115.2, Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan pemandu dan seorang jururawat cedera ringan dengan luka di lutut dan siku kiri.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Selayang, Selangor menghala ke HTAA.

“Apabila sampai di lokasi tersebut, ketika berada di lorong kanan pemandu ambulans ternampak motosikal terbabas dan terjatuh di hadapannya.

“Pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak motosikal sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi,” katanya hari ini.

Menurut Mazlan, ekoran kemalangan tersebut, dua penumpang ambulans cedera ringan manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI