fbpx

Ada sekelompok kecil penjawat awam ragu tandatangani SSPA – CUEPACS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan melancarkan buku 'Kerjaya Sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Edisi 2.0. -Foto oleh NOR AINNA HAMZAH /KOSMO!

PORT DICKSON – Masih terdapat sekelompok kecil penjawat awam yang ragu-ragu untuk menerima Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal berkuat kuasa 1 Disember ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, oleh itu pihaknya menyarankan agar penjawat awam berkenaan untuk segera menandatangani segera opsyen SSPA seperti yang diumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini.

Menurutnya, tujuan SSPA itu dilaksanakan adalah untuk peningkatan gaji yang lebih baik kepada sektor awam dan pihaknya juga sudah meneliti keseluruhan perkeliling tersebut yang mana tiada pihak yang akan mengalami pengurangan dari segi gaji.

“Prinsip mudah (SSPA) adalah naik gaji. Kedua tidak ada apa-apa pengurangan berlaku, cuma mungkin sebahagian dapat lebih, sebahagian dapat setara, sebahagiannya masih dalam keadaan biasa. Yang penting tak ada yang terkurang.

“Tak ada keperluan untuk ragu-ragu, terus sahaja menandatangani supaya dapat gaji lebih baik. Pada masa yang sama, sebarang keluh-kesah kita ambil kira. Kita akan bawa semua pandangan dan penambahbaikan kehendak sebahagian kecil yang merasakan mereka tertinggal,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Presiden EHOM, Mohd Sabri Redzuan, Adnan turut melancarkan buku ‘Kerjaya Sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Edisi 2.0.

Ujar Adnan lagi, SSPA dilihat lebih baik dari Skim Saraan Malaysia (SSM) dan sekiranya ada mana-mana kelopongan dalam bentuk skim perkhidmatan, pihaknya akan berunding terus dengan Kerajaan melalui JPA.

“Kita akan bawa terus dan tunding dari masa ke masa. Yang penting terima dahulu, tandatangani bagi memudahkan peningkatan gaji. Maka dengan peningkatan gaji, sata yakin dan percaya penjawat awam dapat memenuhi kehendak-kehendak mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI