NAMA Zamarul Hisham sebelum ini sangat sinonim dengan watak antagonis dan air mata.
Namun, tiada siapa menyangka aktor kegemaran ramai itu mampu menjayakan karakter komedi dalam karya Terompak Sana Tertukar Sini terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. dengan cemerlang.
Selain membuatkan penonton tidak kering gusi dan pecah perut, gandingannya dengan Elly Mazlein ternyata ‘menjadi’!
Secara ringkas, Terompak Sana Tertukar Sini mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Romi (Zamarul) dan Julia (Kak Lina) diisytiharkan muflis dan anak mereka pula disahkan mengalami komplikasi otak sehingga memerlukan pembedahan dalam kadar segera.
Kebanyakan netizen memuji lakonan Zamarul selain berpendapat dia pandai meniru gaya Elly.
“Zamarul boleh melawak, menjadi betul lakonan jadi ala-ala jiwa wanita.
“Macam mana boleh berlakon dengan Elly dan menahan gelak? Sakit perut ketawa sebab dua orang ini, mantap!” puji netizen dalam media sosial.