fbpx

[VIDEO] ‘Rakam lagi penting daripada menolong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video wanita menolak kereta yang dipercayai mengalami masalah dalam kejadian di Plaza Tol Elmina, Sungai Buloh.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian apabila dia terpaksa menolak kereta jenis Perodua Kancil seorang diri, selepas kenderaan itu dipercayai mengalami masalah dalam kejadian di Plaza Tol Elmina, Sungai Buloh.

Video tersebut tular di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna TikTok, sekali gus mengundang simpati daripada orang ramai.

Berdasarkan video itu, wanita tersebut yang tidak diketahui usianya dilihat menolak kereta itu dari belakang, namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat individu lain di bahagian pemandu.

Susulan itu, pengguna media sosial mengecam pemilik kenderaan yang berada di situ termasuk pemilik akaun tersebut apabila dikatakan tidak membantu menolak kereta berkenaan.

“Rakam lagi penting daripada menolong. Allahuakbar,” komen seorang pengguna TikTok.

“Kasihan akak tu, tak ada siapa yang tolong. Merakam bukan main lagi,” kata individu lain.

“Seorang pun tak tolong permudah urusan akak tu. Kita kalau permudah urusan orang, insya-Allah… Allah akan permudah urusan kita kelak,” ujar seorang lagi yang lain.

Bagaimanapun, pemilik akaun itu menjawab kecaman pada bahagian komen dengan memberi alasan kesesakan di kawasan tersebut.

“Waktu sesak gila, nak turun dah sampai ke tepi, penanda tol,” katanya.

Sementara itu, tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu telah mendapat pertolongan daripada orang ramai atau sebaliknya memandangkan video tersebut tidak panjang, hanya berdurasi 21 saat. – KOSMO! ONLINE

@sul4571♬ Pusara di Lebuhray_Ekamatra – Daus✨

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI