PETALING JAYA – Tindakan seorang pencipta kandungan dari Indonesia berkongsi video dia memasak dan makan kelawar goreng mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan lelaki tersebut didakwa mahu mencetuskan pandemik.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @danceuobob, lelaki itu merebus kelawar tersebut sebelum diangkat untuk ditambah rempah dan kemudian ia digoreng.
Bukan hanya kelawar, pencipta kandungan itu turut berkongsi pelbagai lagi makanan pelik dan jijik antaranya tikus, lipas, lipan serta pelbagai lagi haiwan dan serangga.
Malah, dia pernah diberikan amaran oleh pihak TikTok susulan kandungan yang dimuat naik, namun lelaki itu kemudian mewujudkan satu lagi akaun.
Salah seorang pengguna media sosial berasal dari Itali dan tinggal di Indonesia, Christian Giacobbe turut mengkritik lelaki tersebut.
“Bro kita baru keluar daripada Covid-19. Awak nak mulakan pandemik lain? Boleh tak awak jadi normal, makan ayam macam orang lain,” katanya.
Ia turut dipersetujui pengguna TikTok lain supaya lelaki itu menghentikan tabiatnya.
“Aku penat kuarantin (Covid-19) seminggu. Dia datang lagi buat masalah,” kata seorang individu.
“Bukan dia makan tu, dapat penyakit ke?,” tanya pengguna TikTok yang lain. – KOSMO! ONLINE
@chrisgiacobbecomedy🦇🤦🏻♂️🤌🏻♬ original sound – Christian Giacobbe