KLUANG – Barisan Nasional (BN) mendahului pengundian undi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh 3,119 undi mengatasi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 1,088 undi.
Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan, serta 401 anggota polis, membuang undi semasa pengundian awal pada Selasa.
Secara keseluruhannya DUN Mahkota mempunyai 66,318 pengundi dengan majoritinya adalah pengundi Melayu iaitu 56 peratus, pengundi Cina (34 peratus), pengundi India (lapan peratus) dan bakinya lain-lain. – KOSMO! ONLINE