fbpx

Suami tidur bersama mayat isteri berminggu-minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Rita. - Foto Facebook/Rita Paredes Rioja

LIMA – Seorang suami disyaki membunuh isterinya sebelum dia tidur bersama mangsa selama beberapa minggu, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Douglas Salazar Castillo didakwa berpura-pura berkata kepada jiran-jirannya bahawa isterinya, Rita Paredes Rioja masih hidup dan sihat.

Mereka membangkitkan kebimbangan tentang Rita selepas tidak berjumpa dengannya selama berbulan-bulan. 

Douglas juga memanggil namanya apabila dia pulang ke rumah untuk menunjukkan bahawa isterinya berada di dalam rumah.

Bagaimanapun, lelaki berusia 57 tahun itu akhirnya mengaku melakukan jenayah itu kepada seorang pengawal keselamatan di bangunan yang menempatkan kediamannya di Lima, Peru.

Douglas dilaporkan menghantar gambar mayat isterinya kepada pegawai keselamatan yang kemudian memberitahu polis.

Polis menyerbu rumahnya dan mendapati mayat isterinya dibalut dengan selimut di atas katil berdekatan dengan beberapa botol minuman keras kosong. 

Lelaki itu kemudian ditangkap dan boleh didakwa atas tuduhan membunuh isterinya.

Mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis bahawa suaminya melakukan keganasan rumah tangga terhadapnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI