fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kawasan di Kedah yang dijangka hujan lebat adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu ujarnya, hujan lebat dijangka di Pulau Pinang melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) termasuklah seluruh negeri Perak.

“Di bahagian Pantai Timur, hujan lebat diramal di Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera dan Rompin).

“Seterusnya, cuaca buruk juga akan melanda seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Sementara itu di bahagian Selatan, ribut petir dijangka di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kulai).

“Kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk di Sarawak pula adalah Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok) dan Sarikei (Pakan) • Sabah: Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI