fbpx

[RASMI] Syed Hussein tepati ramalan, kerusi DUN Mahkota kekal milik BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Hussien (lima dari kiri) selepas memenangi PRK DUN Mahkota di Command Center BN di Kluang, hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah menepati ramalan apabila berjaya menewaskan pencabarnya, Mohamad Haizan Jaafar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang berlangsung hari ini.

Kemenangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu sekali gus mengekalkan kerusi DUN Mahkota milik BN yang diraih penyandang terdahulu, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Mahkota, Azurawati Abd. Wahid mengumumkan kemenangan Syed Hussein, 40, di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada pukul 9.07 malam.

Syed Hussein memperolehi undi sebanyak 27,995 mengetepikan seterunya, Mohamad Haizan jauh ketinggalan yang hanya dapat meraih undi 7,347

Calon BN itu menang dengan majoriti besar 20,648.

Keputusan rasmi itu diperoleh selepas kiraan semua 121 saluran peti undi di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) selesai dan sebanyak 339 kertas undi ditolak.

Berdasarkan keputusan kiraan, BN memenangi keseluruhan 20 PDM.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila bekas penyandangnya, Sharifah Azizah meninggal dunia pada usia 63 tahun, 2 Ogos lalu akibat masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI