fbpx

PRK DUN MAHKOTA: Raja sehari ‘curi’ masa datang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURARISSA dan suaminya, Mohammad Hafizzudin lengkap dengan busana pengantin menunaikan tanggungjawap mengundi pada PRK Dun Mahkota, Kluang hari ini. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Meskipun sibuk meraikan majlis persandingan yang berlangsung pada tengah hari, pasangan raja sehari nekad ‘mencuri’ masa menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.

Nurarissa Shazni Kamal, 27, bersama pasangannya, Mohammad Hafizzudin Anaffiah tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekolah Agama Gunung Lambak di sini kira-kira pukul 3.45 petang.

Nurarissa cantik berbusana berona putih manakala suaminya segak memakai sut berwarna coklat cair.

“Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada pukul 9 pagi tadi di rumah keluarga saya di Kampung Melayu di sini.

“Memang tidak sangka hari bahagia kami sama dengan tarikh mengundi kami teruskan sebab tak kacau mana-mana dewan.

“Kami selesai bersanding kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dan terus bergerak untuk keluar untuk mengambil gambar luar, jadi kami masing-masing singgah untuk mengundi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, Mohammad Hafizzudin selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Berkongsi kisah cinta pasangan dua sejoli itu, Mohammad Hafizzudin mula mengenali dengan isterinya dibangku sekolah ketika bersekolah di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Aris Bendahari di sini.

“Isteri saya bersekolah di SMK Sultan Abdul Jalil, sekolah sebelah-sebelah,”katanya.

Eksekutif Operasi sebuah syarikat swasta itu berkata, mereka berdua mula menjalinkan cinta secara serius sejak dua tahun lalu sehingga ke jinjang pelamin hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI