fbpx

PRK DUN MAHKOTA: Orang Asli harap calon menang bantu mereka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADIAH (dua dari kiri) bersama Mohd Noorsham (tengah) selepas selesai mengundi di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang hari ini.

KLUANG – Pengundi masyarakat Orang Asli pada Pilihan Raya Kecik (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berharap calon yang diangkat menjadi wakil rakyat hari ini dapat membantu mereka.

Radiah Shari, 32, antara 64 dari Kampung Orang Asli Tanah Runtuh selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil, 8.15 pagi.

“Saya teruja kerana ini kali ketiga saya mengundi dalam tempoh dua tahun selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.

“Kami (komuniti Orang Asli) tak ramai, namun kami harap sangat diberi perhatian selepas ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, dia bersama beberapa penduduk kampung terbabit tiba di pusat mengundi sekitar 7.30 pagi sebelum memasuki dewan.

Sementara itu, Tok Batin Mohd Noorsham Abdullah, 49, berkata, mereka bersiap awal sebelum bergerak menaiki 10 kereta ke pusat mengundi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana urusan dipermudahkan, saya boleh balik awal untuk bekerja seperti biasa.

“Siapa pun menang nanti, kami harap jenguk-jenguklah kami di sini, tak mahu semasa berkempen sahaja datang menyapa, bila sudah menang, batang hidung pun tak namalk,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI