fbpx

PRK DUN MAHKOTA: Pengundi berpayung buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas SPR memayungi pengundi dalam hujan lebat untuk hadir ke PDM di Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang untuk tidak melepaskan peluang memilih pada PRK DUN Mahkota hari ini. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Cuaca di hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mula berubah apabila hujan lebat mulai turun kira-kira pukul 2.40 petang.

Tinjauan Kosmo! di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekolah Agama Gunung Lambak di sini mendapati pengundi berpayung hadir untuk membuang undi pada masa berbaki kurang daripada tiga jam.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu memayungi pengundi-pengundi yang hadir pada sebelah petang.

Sementara itu, SPR memaklumkan sehingga pukul 2 petang, jumlah peratusan mengundi merekodkan sebanyak 38.52 peratus iaitu 25,546 pengundi sudah selesai membuang undi berbanding jumlah keseluruhan 66,318 pemilih berdaftar.

Jumlah itu menunjukkan peratusan keluar mengundi masih rendah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI