fbpx

PRK DUN MAHKOTA: 20 pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas SPR menutup pintu pagar Pusat Mengundi di Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang selepas tempoh masa mengundi tamat pada pukul 6 petang hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Sebanyak 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tutup secara serentak tepat pukul 6 petang hari ini.

Kesemua peti undi akan dibawa ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini untuk proses penjumlahan undi rasmi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 31,275 pengundi biasa telah melaksanakan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili DUN Mahkota.

Jumlah itu bersamaan dengan 47.16 peratus daripada keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar yang layak mengundi setakat pukul 4 petang.

Angka itu sama sekali tidak mencapai sasar SPR yang meletakkan peratusan keluar mengundi sebanyak 60 peratus menjelang tempoh masa pengundian.

SPR turut menjangkakan proses penjumlahan undi rasmi selesai dilakukan kira-kira pukul 9 malam ini.

Usai undi dikira, SPR akan mengumumkan siapakah akan memenangi PRK DUN Mahkota samada rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah, 40, atau wakil Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.

PRK DUN diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI