fbpx

Pertimbang rumah PR1MA Pahang berkonsep strata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy ketika menyampaikan replika kunci rumah PR1MA Pahang kepada penerima di Perumahan Makmur Kuala Lanar Indah Jaya di Lipis, hari ini.

LIPIS – Kerajaan Pahang mengambil kira cadangan untuk melaksanakan rumah PR1MA Pahang berkonsepkan strata sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada kesesuaian dan lokasi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan rumah PR1MA berkonsepkan strata dan bertingkat adalah disebabkan oleh sumber tanah yang sangat terhad.

“Jika bersesuaian kita akan pergi ke arah itu (konsep strata) sebab tanah ini semua orang tahu, sumber yang sangat terhad.

“Tetapi kalau kita merasakan masih perlu secara ‘landed’ (pembinaan rumah) kita akan teruskan, bila sampai masa nanti kita akan fikirkan, di mana tempat-tempat yang bersesuaian kita akan buat.

“Ia mengikut kesesuaian lokasi, kalau situ selalu banjir dan sebagainya kita akan buat bertingkatlah,”katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar Indah Jaya dan Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Daerah Lipis di Perumahan Makmur Kuala Lanar Indah Jaya di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri berusaha membina rumah mengikut keperluan dengan mengambil kira kemampuan rakyat dan taraf ekonomi.

“Di Pahang ini, kita buat mengikut keperluan rakyat, kita ada buat rumah RM150,000, kita ada buat rumah RM80,000 sehingga rumah percuma pun kita bagi mengikut keadaan dan kesesuaian.

“Tak mampu RM150,000 pergi yang RM80,000, kalau betul-betul tak mampu kita sediakan Rumah Rakyat Pahang, tapi yang itu kita kena telitilah, kita tidak mahu yang patutnya layak tidak dapat, yang tidak layak dapat,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI