fbpx

Peladang Outlet konsep kafe kopi premium seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz ketika merasmikan Peladang Outlet LPP Terengganu di sini, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyasar untuk membuka lebih banyak Peladang Outlet berkonsepkan gabungan kafe kopi premium dan pasar raya mini di seluruh negara bagi mendekatkan lagi produk pertanian keluaran anggotanya kepada pengguna.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembukaan Peladang Outlet berkonsepkan kafe kopi premium terbabit merupakan strategi perniagaan bagi memanfaatkan cita rasa terkini golongan muda yang menggemari minuman terbabit.

“Mereka boleh membeli produk-produk pertanian keluaran LPP seperti daging lembu premium, serbuk kopi dan minyak masak sambil bersantai di kafe Peladang Outlet.

“Konsep premis perniagaan ini telah diperkenalkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) baru-baru ini dan ia telah mendapat sambutan menggalakkan,” katanya selepas merasmikan Peladang Outlet LPP Terengganu di sini hari ini.

Mahfuz berkata, setakat ini, LPP telah membuka 18 Peladang Outlet di seluruh negara termasuk terbaharu milik LPP Terengganu tersebut.

Beliau berkata, LPP menyasar untuk membuka Peladang Outlet di 279 pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara.

“Buat permulaan, kami menyasar memastikan semua bandar-bandar besar di seluruh negara mempunyai cawangan Peladang Outlet.

“Dalam baki tiga bulan terakhir tahun ini, dua cawangan terbaharu dirancang dibuka termasuk di Kota Bahru, Kelantan tidak lama lagi,” katanya.

Mahfuz berkata, selain di pejabat Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan PPK, LPP juga bercadang untuk membuka cawangan Peladang Outlet di pusat membeli-belah dan pasar raya strategik seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI