fbpx

Liga Super: Selangor tumbangkan TFC di gelanggang lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain Selangor mengawal ketat pemain sayap TFC, Akhyar Rashid (tengah) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Abdul Aziz, Kuala Terengganu malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) terus dirundung malang apabila rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dimusnahkan Selangor 0-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam ini.

Kemenangan menerusi jaringan pantas Ronnie Fernandez ketika aksi baru berusia 27 saat hasil gerakan satu dua bersama Alvin Fortes berpunca kesilapan pemain tengah TFC, Marin Pilj mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga.

Ketinggalan satu gol, TFC mula meningkat tekanan menerusi serangan balas Akhyar Rashid minit ketiga namun percubaan pemain Harimau Malaya itu tinggi melepasi sasaran.

Ketua pasukan, Safawi Rasid, turut hampir mengikat kedudukan selepas menerima hantaran Manuel Ott malangnya percubaan pemain TFC itu minit ke-19 melencong ke sebelah tepi.

Kemenangan itu membantu Selangor memungut 25 mata di tempat kedua manakala TFC yang tewas buat kali pertama di laman sendiri kekal dengan 16 mata di kedudukan ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI