fbpx

Lelaki kerja hantar barang gaji RM22,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOO-HYEON mendaki bukit untuk menghantar barangan. - Foto YouTube

SEOUL – Seorang lelaki memperoleh pendapatan hampir 7 juta won (RM22,044) sebulan hanya dengan menghantar barang kepada penduduk di sebuah pulau berbukit di Korea Selatan, lapor akhbar The Korea Times.

Kim Soo-hyeon, 34, adalah salah seorang daripada segelintir penghantar barang yang berkhidmat untuk kira-kira 9,000 penduduk Pulau Ulleung. 

Satu rakaman video menunjukkan dia menghantar barang hingga  menarik lebih 300,000 tontonan dan lebih 1,400 komen dalam masa lapan hari sahaja.

Sebaik sahaja trak penuh dengan barangan tiba melalui feri, Soo-hyeon mula menyusun barang-barang dan memuatkannya ke dalam traknya sendiri. 

Namun, kerja sebenar, katanya, bermula selepas dia meletakkan kenderaan itu.

“Hampir tidak ada tanah rata di sini,” jelas lelaki itu sambil membawa kotak botol teh 1.5 liter ke lorong yang curam dan sempit.

“Kebanyakan rumah berada di kawasan yang tidak boleh diakses oleh kenderaan. Saya juga terpaksa menghantar sebuah peti sejuk dengan tangan.

“Ya, beban kerja memang sukar, tetapi saya gembira kerana saya memperoleh hampir 7 juta won sebulan,” katanya sambil tersenyum. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI