fbpx

Kelayakan Piala Asia B-20: Jaringan lewat permainan kecewakan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALAUPUN tewas, aksi yang dipamerkan pemain negara wajar dipuji hingga mampu menghadirkan kesukaran buat Tajikistan yang memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. - FAM

 

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara kekal tanpa kalah dalam aksi Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Tajikistan di Stadium Republican Centra, sebentar tadi.

Secara matematik, keputusan itu menyaksikan hasrat negara untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 20 (B-20) tahun depan selaku lima pasukan tempat kedua terbaik makin sukar memandangkan Malaysia kini hanya meraih empat mata daripada tiga perlawanan.

Terdahulu, walaupun tuan rumah hadir dengan reputasi besar hasil kejayaan layak ke suku akhir pada pusingan akhir edisi 2016 dan 2018, pemain negara langsung tidak menunjukkan rasa gentar untuk ikut jejak Korea Utara yang menang ke atas Tajikistan.

Berbanding perlawanan dengan Korea Utara, Isnin lalu, anak buah Juan Torres Garrido dilihat mampu menyaingi kualiti Tajikistan dan turut mempunyai beberapa peluang terbaik untuk mencipta jaringan.

Tempoh 10 minit terakhir perlawanan menyaksikan Malaysia seakan mendapat tenaga tambahan apabila kekal konsisten memberikan tekanan kepada Tajikistan yang dilihat terpaksa berkampung di kawasan sendiri.

Percubaan Muhammad Danial Mohd Nor pada minit ketiga masa kecederaan babak kedua sekadar menggegar palang dan dua minit selepas itu skuad negara dihimpit kekecewaan berganda apabila Tajikistan memperoleh gol menerusi Khushvakhtov Dzhovidon.

Malam esok skuad negara bakal melengkapkan perlawanan terakhir menentang Sri Lanka dan kini harus memastikan kemenangan dengan jaringan besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI