fbpx

‘Isytiharlah, tak ada masalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (dua dari kanan) beramah mesra bersama peserta Program Pemerkasaan Wanita 2024 di Hiliran Ampang, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Isytihar lah, tak ada masalah,” demikian reaksi ringkas Menteri Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika ditanya mengenai pengisytiharan harta oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Beliau berpendapat, Perdana Menteri dan Kabinet tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian, bahkan Johari juga pernah mengisytihar harta dan aset sewaktu menjadi menteri ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Dulu saya menteri, saya ‘declair’ (isytihar). Tak ada masalah,” katanya kepada media pada Program Pemerkasaan Wanita di PPR Hiliran Ampang, di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.

Beliau juga berkata, kerajaan pimpinannya sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.

Susulan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, beliau terkejut Anwar tidak mengisytiharkan harta selepas hampir dua tahun menjadi Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI