fbpx

Israel isytihar Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan di Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Hassan Nasrallah. - Foto AFP

BAITULMUQADDIS – Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah diisytiharkan terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas  Beirut, Lebanon malam semalam tetapi tiada pengesahan daripada kumpulan bersenjata itu.

“Hassan Nasrallah sudah meninggal dunia,” kata jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Nadav Shoshani di platform X.

Seorang lagi jurucakap tentera, Kapten David Avraham turut mengesahkan kepada AFP bahawa ketua Hezbollah itu  telah ‘dihapuskan’ ekoran serangan semalam.

Sumber  rapat dengan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran memberitahu AFP bahawa komunikasi dengan Nasrallah telah terputus sejak petang semalam.

Hezbollah belum membuat pengesahan mengenai nasib Nasrallah selepas tentera Israel membuat pengumuman itu.

Satu kenyataan tentera berkata, serangan itu turut membunuh Ali Karake yang dikenal pasti sebagai komander barisan hadapan Hezbollah.

Beberapa komander kumpulan itu turut maut.

“Semasa pemerintahan Hassan Nasrallah selama 32 tahun sebagai Setiausaha Agung Hezbollah, beliau bertanggungjawab atas pembunuhan ramai orang awam dan anggota tentera Israel,” kata kenyataan Tel Aviv. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI