fbpx

GISBH tidak pernah bayar zakat kepada LZS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Divisyen Kutipan LZS, Muhd. Fikri Naim Harun ketika bercakap dengan pemberita ketika karnival tersebut di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam, hari ini- Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM- Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tidak pernah membayar zakat kepadanya sejak penubuhan syarikat tersebut.

Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd. Fikri Naim Harun berkata, kira-kira 20 anak syarikat di bawah GISBH langsung tidak pernah membayar zakat walaupun pernah diminta berbuat demikian oleh pihaknya.

“Kita pernah berdakwah ke atas beberapa anak syarikat GISBH supaya mereka membayar zakat, namun sehingga kini LZS tidak pernah menerima zakat daripada mereka.

“Saya tidak dapat memberi anggaran jumlah zakat yang GISBH tidak bayar kerana perlu meneliti terlebih dahulu jumlah dan nilai aset serta liabitili yang ditanggung syarikat berkenaan sebelum dapat memberikan anggaran berapa jumlah zakat yang perlu mereka bayar kepada LZS,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Zakat Selangor di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah kumpulan di dalam media sosial mendedahkan GISBH tidak pernah mengeluarkan zakat kepada mana-mana badan yang bertanggungjawab mengikut zakat di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain baru-baru mengatakan GISBH tidak pernah membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kata Muhd. Fikri, mana-mana pihak yang tidak pernah membayar zakat kepada LZS boleh dikenakan hukuman di bawah jenayah syariah iaitu dipenjara tiga tahun atau didenda RM5,000 di bawah Enakmen Jenayah Syariah.

“Namun, LZS tidak dapat menguatkuasakan undang-undang tersebut disebabkan nasihat yang diberikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta kami meneruskan aktiviti dakwah iaitu mengajak individu Islam serta syarikat membayar zakat.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dibenarkan kelak,” ujarnya.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI