fbpx

Gigi, tulang, duit syiling dalam perut buaya baham budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya gergasi yang berjaya ditangkap dan dibedah siasat susulan kejadian reptilia berkenaan membaham seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di Sungai Tatau.

TATAU – Gigi, tulang dan duit syiling dijumpai dalam perut salah seekor daripada dua buaya gergasi yang berjaya ditangkap dalam operasi memburu reptilia berkenaan selepas membaham seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Sungai Tatau, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan Jame Reis berkata kedua-dua buaya itu ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan bantuan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau.

Katanya, buaya pertama sepanjang 17.5 kaki dengan berat dianggarkan 1.2 tan ditangkap kira-kira pukul 9.30 pagi semalam setelah mengena pancing yang dipasang di hulu Sungai Sap, Tatau.

Menjelas lanjut, beliau berkata satu das tembakan telah dilepaskan ke arah buaya untuk melemahkan pergerakan reptilia itu yang bertindak agresif.

“Setelah bedah siasat dijalankan, pihak SFC menjumpai beberapa cebisan ketulan dipercayai gigi dan tulang serta duit syiling,” katanya dalam kenyataan.

Manakala, Jame berkata, buaya kedua berukuran 17.39 kaki dengan berat dianggarkan 1.3 tan telah mengena umpan pancing yang dipasang di hilir sungai berdekatan Rh. Gisa, Tatau.

Katanya satu das tembakan turut dilepaskan ke arah buaya untuk melemahkan pergerakan buaya yang bertindak agresif, dan kemudian ditunda ke Jeti Pasar Lama, Tatau untuk tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI