PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik hampir di seluruh negara pagi ini.
Bagaimanapun, MetMalaysia dalam kenyataannya berkata hanya ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak pagi ini.
Ramalan yang sama turut dijangka di beberapa tempat di kawasan pantai Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Di Sabah, hujan turut diramal di beberapa tempat seperti di Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.
Tambah MetMalaysia, hujan di kebanyakan tempat Serian dijangka diikuti dengan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Mukah. – KOSMO! ONLINE