fbpx

Budak 7 tahun jadi korban ritual ilmu hitam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan mangsa (kiri) dan lima suspek yang ditahan di sekolah di bandar Hathras. - Mail Online

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun dibunuh sebagai korban untuk membawa tuah kepada sekolah awam dalam tragedi yang mencetuskan kemarahan masyarakat di India, lapor laman berita Mail Online semalam. 

Mangsa ditemui mati di atas katilnya, malam Ahad lalu di sebuah asrama yang terletak di bandar Hathras, tidak jauh dari Taj Mahal. 

Polis tempatan berkata, lima orang ditahan termasuk pengetua sekolah bernama Jasodhan Singh dan anaknya, Dinesh Baghel.

“Daripada memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa, Dinesh menyembunyikan mayat mangsa di dalam but keretanya,” kata polis. 

Pegawai polis tempatan, Himanshu Mathur mendedahkan bahawa mangsa dibunuh sebelum upacara ilmu hitam itu diadakan oleh bapa Dinesh.

“Mangsa sepatutnya dibawa ke altar sebagai sebahagian daripada ritual  tetapi dibunuh sebelum upacara tersebut selesai.

“Baghel dan bapanya telah ditangkap bersama tiga guru lain di sekolah itu,” tambahnya.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut bagaimana kanak-kanak itu meninggal dunia dan laporan media tempatan mengatakan, bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI