fbpx

Anggota tentera lemas jatuh bot di tasik empangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat anggota TDM yang dijumpai selepas terjatuh bot malam tadi ketika bertugas di Tasik Empangan Linggiu, Bandar Tenggara dibawa ke Hospital Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) lemas selepas terjatuh bot di Tasik Empangan Linggiu, Bandar Tenggara di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian lemas melibatkan mangsa berusia 32 tahun pada pukul 2.35 pagi.

“Ketika kejadian, mangsa menaiki bot milik Angkatan Tentera  Malaysia (ATM) bersama tiga anggota lain yang turut sama bertugas di Tasik Empangan Linggiu sebelum bot yang dinaiki terlanggar objek dipercayai kayu hanyut menyebabkan mereka terjatuh.

“Tiga mangsa dapat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi tidak timbul dipermukaan air.  Usaha mencari oleh mangsa terselamat di sekitar kawasan itu tidak menjumpai sebarang petunjuk sebelum memaklumkan kepada penyelia bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yusof  berkata, sejumlah pegawai dan anggota Balai Polis Bandar Tenggara, Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kota Tinggi serta Bandar Tenggara dan Unit Skuba Bomba diatur gerak bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Mangsa dijumpai oleh Unit Skuba pukul 11.50 pagi pada kedalaman 13 meter di kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI