fbpx

Skim Smart Sewa bantu rakyat miskin miliki rumah pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika melancarkan projek perumahan terbaharu Putra Idaman dan Saujana Idaman di Cyberjaya, Selangor hari ini. Foto oleh AMREE AHMAD

CYBERJAYA – Kerajaan Selangor menawarkan sejumlah 3,000 unit rumah kepada golongan miskin memiliki rumah pertama mereka menjelang akhir 2027 menerusi Skim Smart Sewa.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Skim Smart Sewa ketika ini sudah pun ditawarkan menerusi 32 projek Rumah Selangorku sejak tujuh tahun lepas melibatkan sejumlah 1,287 unit dengan dana RM240 juta.

Beliau berkata, bagi setiap projek Rumah Idaman, pemaju harus menyediakan 10 hingga 20 peratus unit Smart Sewa dan mengalu-alukan jika ada pemaju sudi menawarkan sehingga maksimum 30 peratus.

“Ini selaras dengan dasar kerajaan negeri yang tiada lagi bentuk rumah pakej A, B atau C dan dengan satu rekaan seragam, pemaju sudah jimat banyak kos pembinaan,” katanya selepas melancarkan dua Projek Rumah Idaman di bawah skim inisiatif kerajaan Selangor untuk Daerah Sepang iaitu Putra Idaman dan Saujana Idaman, di sini hari ini.

Projek Rumah Idaman merupakan konsep kediaman mampu milik di Selangor untuk satu keluarga yang miskin atau ada berpendapatan bulanan keseluruhan bawah RM10,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI