fbpx

3 restoran di George Town ada najis tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga restoran di George Town diarah tutup serta-merta ekoran penemuan najis tikus, kelmarin.

GEORGE TOWN – Tiga buah restoran di pusat bandar ini diarah tutup serta-merta selama 14 hari mulai kelmarin ekoran penemuan najis tikus di kawasan dapur selain keadaan kebersihan premis tidak memuaskan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerusi Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang telah melaksanakan Operasi Bersepadu bagi tindakan penguatkuasaan ke atas tiga premis berkenaan.

Menurutnya, operasi yang bermula pada pukul 8.00 malam itu memfokuskan aspek kebersihan dan juga warga asing yang bekerja di premis makanan tersebut.

“Ketiga-tiga buah premis makanan tersebut diarahkan tutup serta-merta 14 hari berkuatkuasa 26 September lalu ekoran penemuan najis tikus di kawasan dapur dan keadaan kebersihan tidak memuaskan.

“Kesemua premis tersebut juga gagal menyediakan kawalan makhluk perosak (pest control) secara berjadual,” katanya di sini, semalam.

Dalam operasi sama, JIM Pulau Pinang turut menahan seramai enam warga asing iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan yang bekerja di dua premis makanan di situ.

“Penahanan ini disebabkan lima warga asing tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan seorang lagi telah melanggar Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI