fbpx

17 penjaja warga asing diberkas JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaja asing yang ditahan ketika serbuan di Jalan Bukit Bintang malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 17 pendatang asing tanpa Izin (PATI) ditahan dipercayai menjalankan pelbagai aktiviti menjaja di sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor, di ibu negara menerusi Ops Kutip, malam tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur,  Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

“Daripada jumlah tangkapan yang dibuat, seramai lapan lelaki warga Bangladesh, Nepal (2 lelaki), Pakistan (4 lelaki), Vietnam (1 lelaki), Indonesia (1 wanita) dan Filipina (1 wanita).

“Mereka ditangkap kerana menjalankan aktiviti perniagaan iaitu membuat menjaja di sekitar kawasan tersebut dengan menjual bunga serta mainan kepada pengunjung dan saya pernah nyatakan sebelum ini, warga asing adalah tidak dibenarkan menjalankan aktiviti menjaja di negara ini.

“Kebanyakan mereka yang ditahan memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) malah mereka sudah tidak bekerja dengan majikan yang didaftarkan dan mengikut peraturan mereka perlu pulang ke negara asal namun desakan kewangan mereka tinggal di sini,” katanya ketika sidang akhbar di lokasi kedua Jalan Loke Yew awal pagi tadi.

Dalam serbuan di sekitar Jalan Bukit Bintang, beberapa warga asing termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana menjaja bunga, alat mainan, tisu dan penjepit rambut.

Ujar beliau, kesemua warga asing yang ditahan akan dibawa ke depoh Imigresen Bukit Jalil bagi siasatan lanjut mengikut di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Saya ingin menegaskan kepada semua warga tempatan dan warga asing jangan menggaji atau melindungi PATI dan kita akan mengambil tindakan tidak kira PATI, majikan atau mana-mana pihak melindungi PATI.

“Ini juga disebabkan kita telah terima banyak aduan berkaitan ketidakselesaan warga di Kuala Lumpur dengan kebanjiran PATI ini dan operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras warga PATI,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI