fbpx

Kebun sayur haram Cameron Highlands dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUAT KUASA memusnahkan kawasan tanaman sayur yang diceroboh di dalam hutan simpan di

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memusnahkan kira-kira 16.98 hektar kawasan kebun sayur di empat hutan simpan yang diceroboh di Cameron Highlands dalam operasi bersepadu selama lima hari berakhir semalam.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Zahari Ibrahim berkata, dalam operasi yang disertai 148 penguat kuasa pelbagai agensi itu pihaknya turut memusnahkan 20 binaan yang terdapat dalam empat hutan simpan melibatkan rumah kongsi, pondok, stor simpanan baja dan rumah plastik.

Katanya, operasi kali ini membabitkan empat kawasan hutan simpan iaitu Hutan Simpan Sungai Ichat seluas 0.9 hektar diikuti Hutan Simpan Batu Gangan seluas 1.22 hektar, Hutan Simpan Mentigi seluas 5.7 hektar dan Hutan Simpan Bertam seluas 9.16 hektar.

“Operasi kali ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan dianggap mencabar apabila terpaksa melalui jalan berbukit selain terletak dilereng bukit yang mana untuk sampai ke kawasan ceroboh dalam Hutan Simpan Bertam memerlukan perjalanan sejauh kira-kira enam kilometer.

“Selain bertindak memusnahkan tanaman sayur yang berada dalam hutan simpan, pada masa sama kita turut menanam kira-kira 2,300 pokok hutan,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, ketika serbuan dilakukan, pekerja warga asing yang mengusahakan kebun berkenaan sempat melarikan diri dan mereka dipercayai terlebih dahulu menghidu pergerakan penguatkuasa yang melakukan operasi.

Menurutnya, kawasan diceroboh diusahakan dengan beberapa jenis tanaman sayur seperti kacang buncis, lobak, kubis dan bawang dipercayai diusahakan oleh beberapa penduduk tempatan yang menggunakan khidmat pekerja warga asing.

Tambahnya, selain menggunakan kaedah menanam atas tanah, teknik para dawai juga digunakan terutama dibina di kawasan lereng bukit menyebabkan kerja memusnahkan tanaman sayur atas tanah terpaksa menggunakan parang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI