fbpx

Wanita 71 tahun rugi RM291,200 ditipu tawaran kerja palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga wanita berusia 71 tahun kerugian RM291,200 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud pada bulan lalu.

Wanita warga emas yang menetap di Kuala Ibai itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4.31 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dipelawa untuk melakukan kerja sambilan tersebut oleh seorang kenalan Facebooknya pada pukul 9.44 malam, 22 Ogos lalu.

“Mangsa tertarik dengan tawaran komisyen 15 peratus bagi jualan produk didakwa suspek. Dia hanya perlu mengeluarkan modal bagi mengeluarkan produk yang mahu dihasilkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, wanita warga emas itu dijanjikan akan menerima semula modalnya dan keuntungan menerusi komisyen dalam tempoh sebulan.

Tambah beliau, mangsa telah membuat pelaburan RM291,200 menerusi 14 transaksi di empat buah akaun bank diarahkan suspek.

“Wang yang diserahkan kepada suspek tersebut merupakan hasil perniagaan dan simpanannya.

“Peniaga itu hanya mula rasa tertipu apabila tidak menerima semula modal dan komisyen dijanjikan setelah tempoh matang pada Ahad lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI