fbpx

Tiga kelab Liga Super didenda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERIKSAAN yang dilakukan FFP FIB mendapati tiga kelab Liga Super yang dikenakan hukuman mempunyai tunggakan gaji serta caruman KWSP, LHDN, Perkeso dan EIS. - MFL

KUALA LUMPUR – Badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) mengenakan tindakan denda RM15,000 kepada tiga kelab Liga Super selepas gagal melengkapkan laporan kewangan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, FFP FIB yang sudah selesai melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan fasa kedua yang diserahkan oleh semua kelab Liga Super.

“Daripada pemeriksaan dokumentasi yang diserahkan oleh kesemua kelab Liga Super, didapati bahawa 10 kelab telah berjaya menyerahkan laporan kewangan fasa kedua FFP dengan lengkap.

“Bagaimanapun tiga kelab pula tidak berjaya dalam proses melengkapkan laporan kewangan itu disebabkan mempunyai tunggakan gaji serta caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia), Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan EIS.

“Oleh itu, sekatan perpindahan pemain sebelum jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 telah dikenakan ke atas kelab-kelab terlibat. Namun selepas 30 hari sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 dikenakan kepada tiga kelab tersebut, pihak MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian terhadap tunggakan itu atau mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak dan menghantar bukti kepada pihak FIB FFP.

“Maka pihak FIB FFP telah menjatuhkan denda dengan serta merta sebanyak RM 15,000 kepada kelab-kelab tersebut,” katanya.

Oleh yang demikian, tiga kelab ini perlu menghantar bukti resit bayaran atau pelan pembayaran ansuran untuk tunggakan bayaran gaji (pemain, pengawai dan pentadbiran) dan agensi kerajaan dalam masa tempoh 30 hari selewatnya sebelum atau pada 25 Oktober 2024.

Kegagalan, kengganan atau kecuaian tiga kelab ini untuk berbuat demikian seperti yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB bagi tindakan selanjutnya.

Difahamkan tiga kelab itu adalah Kuala Lumpur (KL) City, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan salah satu kelab dari Pantai Timur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI