fbpx

Sarah Yasmine, Aliff Aziz berdamai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH bersyukur kes mahkamah melibatkannya dengan Aliff berakhir dengan baik.

PETALING JAYA – Individu yang mendakwa dirinya kekasih gelap penyanyi sensasi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine melahirkan rasa syukur apabila kemelut hubungan mereka berakhir secara baik.

Sarah berkata, penyelesaian secara baik telah dicapai oleh dia dan Aliff untuk perkara tersebut.

“Saya gembira untuk mengemas kini bahawa kami telah mencapai penyelesaian secara baik.

“Seperti yang mungkin anda ketahui, Aliff dan saya telah terlibat dalam perbalahan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.

“Kini, ami telah mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaian kami melalui pengantaraan di Kluster Penyelesaian Pertikaian Mahkamah Negeri, dan telah bersetuju untuk meletakkan perbezaan kami di belakang kami,” katanya dalam Instagram.

Mengulas lanjut, Sarah menyatakan menzahirkan rasa terima kasih ke atas sokongan yang diberi oleh pihak luar terhadapnya.

“Oleh itu, perkara itu kini telah dimuktamadkan dengan baik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telahmenyatakan galakan dan sokongan mereka untuk saya sejak beberapa bulan yang lalu.

“Saya amat berterima kasih atas semua kash sayang daripada rakan, keluarga, dan penyokong saya, dan saya gembira kerana perkara ini telah mencapai kesimplannya,” tambah Sarah.

Untuk info, Sarah sebelum ini menerima notis daripada mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang pendedahan di media sosial.

Ini termasuklah dia tidak dibenarkan memberi komen mengenai temu bual aktor berkenaan yang dimuat naik di saluran YouTube The Common Folks pada Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI