fbpx

Pesan durian tetapi dapat ular 1 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki terkejut menemui seekor ular dalam kotak durian. - Foto Weibo

BEIJING – Seorang lelaki terkejut apabila menemui seekor ular semasa membuka kotak berisi  durian yang dipesannya secara  online, lapor portal berita MSNews hari ini.

Xiao Guo dari Nanjing, China membuka kotak berisi durian itu kelmarin.

Namun, dia terkejut kotak kadbod itu turut mengandungi seekor ular sepanjang 1 meter, demikian menurut akhbar Qilu Evening News.

Bimbang dengan penemuan itu, Guo menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Anggota-anggota  polis itu berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan perangkap reptilia sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Walaupun ular itu sudah ditangkap, Guo tetap bimbang dan meminta polis mengambil kota tersebut bersama-sama buah durian di dalamnya.

Lelaki itu kemudian berkata, dia tidak berani memesan durian secara online selepas kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI