fbpx

Permohonan pendakwa gabung 7 pertuduhan Muhyiddin didengar 9 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 dan 10 Disember ini bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan agar semua tujuh pertuduhan yang dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, digabung dan dibicarakan secara bersama.

Bekas Perdana Menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh sama bagi mendengar hujah pihak pembelaan untuk membatalkan permohonan penggabungan pertuduhan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin turut memohon tarikh perbicaraan ditetapkan tahun depan.

Bagaimanapun, Azura memaklumkan mahkamah juga mempunyai kes lain dan hanya berkelapangan untuk mendengar perbicaraan itu sekitar Mei tahun depan.

Namun demikian, Amer Hamzah mencadangkan tarikh bicara dibincangkan terlebih dahulu kerana pasukan pembelaan perlu berbincang dengan Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang merupakan peguam utama kes tersebut.

Azura turut menetapkan 3 Oktober ini bagi mendengar permohonan Muhyiddin mendapatkan sementara pasportnya untuk perjalanan ke luar negara selain mengemas kini tarikh perbicaraan kes.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi memaklumkan perkembangan prosiding semakan di Mahkamah Rayuan yang diputuskan awal bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI