fbpx

Pelajar lelaki mandi tasik ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar lelaki dilaporkan lemas dipercayai sewaktu mandi di sebuah tasik berhampiran perumahan Residensi Manggatal tengah hari tadi. FOTO IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Seorang pelajar lelaki dilaporkan lemas dipercayai sewaktu mandi di sebuah tasik berhampiran perumahan Residensi Manggatal tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Hazwi Danial A Rashid, 14, ditemui di dasar tasik dengan kedalaman kira-kira empat meter sekitar .

Bagaimanapun, mangsa yang ditemui sekitar 2.48 petang disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

Mangsa sebelum itu dikatakan mandi di tasik berkenaan bersama 19 lagi rakan lain sebelum disedari hilang.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 12.44 tengah hari.

“Maklumat awal kejadian membabitkan dua orang mangsa lemas di dalam tasik ketika mandi bersama rakan. Mangsa pertama berjaya diselamatkan dan diberikan bantuan CPR oleh rakan mangsa sehingga sedar.

“Mangsa kedua ditemui sekitar 2.48 petang namun disahkan sudah meninggal dunia. Ekoran penemuan mangsa, SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.12 petang tadi,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI