fbpx

Liga Super: Negeri Sembilan terperosok ke tangga tercorot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Kelantan Darul Naim FC meraikan gol kemenangan jaringan Oday Ali Abdulrahim Kharoub pada perlawanan Liga Super bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini. MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) terhumban ke tangga tercorot Liga Super selepas tumpas kepada Kelantan Darul Naim FC, dengan keputusan 2-3, dalam saingan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini malam tadi.

Kemenangan itu ternyata mengembirakan pasukan dari Pantai Timur itu yang menduduki tangga ke-13 liga sejak awal musim dengan hanya mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan.

Pasukan pelawat berjaya mengejutkan tuan rumah dengan gol pada minit ke-14 yang terhasil daripada sepakan deras Mohamad Hakimi Abdullah dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol NSFC, Muhamad Aqil Abdul Razak.

Barisan pertahananan NSFC terus dipaksa bekerja keras mengekang asakan Kelantan Darul Naim FC dan akhirnya pelawat memperoleh gol kedua pada minit ke-36 ketika keadaan kelam kabut di depan pintu gol tuan rumah.

Gol pelawat dijaringkan menerusi tandukan pemain import mereka dari Korea Selatan, Kim Likwan.

NSFC sekali kemudian dianugerahkan penalti pada minit ke-83 dan Jaque Faye tidak melakukan kesilapan untuk gol pertama pasukannya.

Kedudukan bertambah sengit apabila tuan rumah berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-88 hasil tandukan pemain tengah, Sebastian Avanzini.

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak kekal lama selepas Oday Ali Abdalrahim menjaringkan gol kemenangan pelawat pada masa kecederaan sekali gus keputusan memihak pasukan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 3-2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI