fbpx

Melecur satu badan terperangkap dalam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa (kanan) yang melecur dalam kebakaran di Taman Ciku, Bukit Mertajam, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Rohingya melecur pada badan dan kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Ciku, Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.27 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kebakaran.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah (kelas C) dengan peratusan kemusnahan adalah sebanyak 70 peratus.

“Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki Rohingya dalam keadaan melecur pada bahagian tangan dan kaki kiri. Kebakaran telah dapat dipadamkan dan seterusnya melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

“Mangsa telah diberi rawatan awal oleh anggota EMRS (Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Beritahu jurucakap itu lagi, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela berhampiran dan punca kebakaran masih dalam siasatan Pasukan Forensik Bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI