fbpx

Mangsa parah serangan gajah liar ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang mangsa yang cedera parah diserang gajah semalam ditidurkan ketika mendapatkan rawatan di HSI, Johor Bahru.

MERSING – Seorang lagi mangsa serangan gajah liar yang cedera parah dalam kejadian berlaku di kawasan hutan belukar belakang Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 5 di sini ditidurkan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa berusia 51 tahun kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan ditidurkan atas nasihat doktor.

“Keadaan mangsa kedua ketika ini telah ditidurkan oleh doktor bagi tujuan untuk menguatkan tubuh pesakit. Setakat ini kecederaan yang disahkan adalah pendarahan dalam kepala, satu ruas tulang rusuk patah dan patah tulang pinggul,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian serangan itu mangsa mengalami cedera parah manakala seorang lagi mangsa Mohamad Syafik Yakob, 31 disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaroh 2 selepas mengalami kecederaan di bahagian leher kiri dan dada kiri.

Kedua-dua mangsa tersebut yang merupakan pekerja kontrak pembersihan sekolah didapati bertindak menghalau seekor gajah liar dari mendekati kawasan sekolah sebelum diserang gajah.

Mayat Mohamad Syafik dihantar ke Hospital Mersing sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI