fbpx

Lombong emas runtuh, 15 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 25 Februari 2021 menunjukkan sebuah lombong haram runtuh di Buranga, wilayah Sulawesi Tengah. – AFP 

JAKARTA – Tanah runtuh di sebuah lombong emas di barat Indonesia menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi hilang, kata seorang pegawai tempatan hari ini.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima  di lapangan, 15 orang terbunuh, manakala 25 yang lain masih dicari serta tiga orang cedera,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB) Sumatera Barat, Ilham Wahab kepada AFP.

Menurutnya, kejadian berlaku di sebuah lokasi terpencil semalam susulan hujan lebat.

“Usaha mencari 25 mangsa yang hilang diteruskan,” tambahnya

Lombong tidak berlesen banyak ditemui di serata negara kepulauan Asia Tenggara itu di mana lokasi perlombongan lama dan terbiar menarik penduduk tempatan untuk mencari saki baki emas yang ada tanpa menggunakan peralatan keselamatan. 

Ilham tidak dapat mengesahkan sama ada lombong tersebut adalah lombong haram tetapi berkata, semua aktiviti di tapak itu telah dihentikan, manakala operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan.

Indonesia cenderung kepada bencana tanah runtuh semasa musim hujan,  biasanya antara November hingga April setiap tahun.

Pada Julai lalu, sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di Pulau Sulawesi, tengah Indonesia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI