fbpx

Liga Super: Fandi Ahmad ada ‘senjata’ jerat Seladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELINCAHAN dan ketajaman Kpah Sherman (tengah) kekal jadi taruhan utama Sri Pahang untuk hadapi Perak di Stadium MP Temerloh, esok. - SHAIKH AHMAD RAZIF

KUANTAN – Magis Kpah Sherman dan Sergio Aguero bakal jadi taruhan terbaik buat Sri Pahang yang akan melayan kunjungan Perak di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad, berkata Sri Pahang tidak boleh lagi tercicir mata untuk perbaiki kedudukan dan kemenangan adalah cukup penting khususnya ketika beraksi di depan penyokong sendiri.

“Gandingan Kpah Sherman dan Sergio Aguero di jentera serangan diharap mampu menghadirkan sesuatu seperti yang dipersembahkan ketika seri 2-2 berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC minggu lalu.

“Mudah-mudahan gandingan Sherman dan Aguero akan terus menjadi kekuatan buat pasukan ketika menyerang dan menghasilkan jaringan. Diharapkan tiga mata yang disasarkan menjadi kenyataan dalam usaha kami memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super,” katanya.

Bagaimanapun, Fandi terpaksa melupakan empat pemain ekoran masalah kecederaan iaitu Stefano Brundo, Aleksandar Cvetkovic, David Rowley dan Hasnul Zaim.

“Kekuatan Perak pula lebih kepada bahagian serangan dan semangat berpasukan sekaligus memerlukan kami lebih berhati hati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI