fbpx

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya menemukan mayat mangsa hari ini.

PASIR SALAK – Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang ketika memancing di lombong dekat Air Kuning, Chenderong Kelubi, Kampung Gajah di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat lelaki dikenali Ngah Azman Anjang Baharuddin, 55, ditemukan oleh pasukan penyelamat di lokasi terakhir dia dilihat pada pukul 12.06 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.10 petang semalam dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi yang dijalankan semalam bagaimanapun terpaksa ditangguhkan seketika sebelum disambung semula pagi tadi. Pasukan bomba melakukan pencarian menggunakan bot penyelamat dengan teknik pencarian di permukaan, manakala pasukan penyelamat di air (PPDA) melakukan selaman di kawasan mangsa dipercayai terjatuh,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 12.30 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI