fbpx

Lelaki makan 720 telur tetapi kolesterol turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Norwitz memakan 24 telur pada setiap hari. - YouTube

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang lelaki di Cambridge, Amerika Syarikat (AS) menjadi sensasi internet selepas mendedahkan tahap kolesterolnya menurun selepas memakan 720 telur dalam masa sebulan, lapor Mail Online. 

Nick Norwitz nekad melakukan eksperimen itu. Dia cuba menyangkal tanggapan pakar-pakar bahawa memakan telur akan meningkatkan paras kolesterol. 

Menerusi video yang dimuat naik di platform YouTube, dia cuba membuktikan kepada pengikutnya bahawa paras kolesterol tidak akan meningkat jika memakan telur. 

Norwitz yang mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) di Universiti Oxford berkata, dia makan 24 telur setiap hari. 

Bagaimanapun, dia mendapati paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol ‘jahat’ menurun sebanyak 18 peratus. 

“Saya membuat hipotesis bahawa makan 720 telur dalam sebulan yang berjumlah 133,200mg, tidak menaikkan kolesterol saya. Secara khusus, ia tidak akan meningkatkan kolesterol LDL,” kata Norwitz. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI