fbpx

Kuala Nerang dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menunjukkan keadaan laluan di Hospital Kuala Nerang yang dinaiki air, malam ini.

KUALA NERANG – Beberapa lokasi di daerah Padang Terap termasuk Hospital Kuala Nerang dilanda banjir kilat, malam ini.

Deretan premis perniagaan dan gerai makan serta kawasan di hadapan Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang di Pekan Kuala Nerang turut dinaiki air.

Sementara itu, terdapat beberapa video tular menunjukkan keadaan pekarangan hospital dilanda banjir.

Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul 7.30 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI