fbpx

KPM tidak teragak-agak hukum ibu bapa sekat pembelajaran anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Rasa, di Batang Kali hari ini.- Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

BATANG KALI – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak teragak-agak menghukum ibu bapa yang tidak mematuhi dasar pendidikan wajib 11 tahun persekolahan setelah kerajaan menggubal undang-undang itu di Parlimen nanti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak teragak-agak meneruskan proses undang-undang itu jika terbukti berkesan menangani masalah keciciran pelajaran dalam kalangan murid sekolah.

“Apabila kita membuat dasar pendidikan wajib, sudah pasti ia datang dengan implikasi undang-undang dan beban itu terletak pada ibu bapa.

“Sebab itu, kerajaan tidak teragak-agak melaksanakan undang-undang (dasar pendidikan wajib) jika dilihat ia benar-benar berkesan bagi mengelakkan masalah keciciran pelajaran kepada anak-anak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Rasa, di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan tersebut penting agar anak-anak tidak dinafikan hak mereka untuk belajar.

Walaupun begitu, Fadhlina berkata, hukuman undang-undang itu adalah pilihan terakhir kerana penyelesaian masalah keciciran pelajaran perlu bermula dengan kesedaran.

Pada Julai lalu di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pindaan undang-undang melibatkan dasar pendidikan wajib dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah dengan tempoh masa 11 tahun persekolahan, dijangka dibentang di Parlimen pada 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI