fbpx

Koperal Petrus mangsa tembak pemburu haram selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Upacara pengebumian mendiang Koperal Petrus Linggi Liman berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Persendirian Sungai Raba, berhampiran kampung halamannya di Rumah Panjang Janting, Lemujan, Pakan pagi tadi.

SARIKEI – Mendiang Koperal Petrus Linggi Liman dikebumikan dalam upacara penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Persendirian Sungai Raba, di sini pagi tadi.

Jenazah mendiang Petrus, 29, dibawa dari  kediamannya di Rumah Panjang Janting, Lemujan, Pakan di sini ke tanah perkuburan dengan menggunakan kenderaan milik Tentera Darat Malaysia (TDM) pada pukul 7.05 pagi.

Turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang ialah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Fauzi Kamis, pegawai-pegawai kanan TDM, ahli keluarga dan rakan-rakan mendiang serta penduduk kampung.

Sejurus selesai upacara pengebumian, Mohamad Fauzi menyerahkan Jalur Gemilang dan sumbangan kepada balu mendiang, Grace Jummit Sylvester.

Mendiang Petrus meninggalkan seorang balu dan dua anak berusia tujuh dan setahun sembilan bulan.

Mendiang Petrus merupakan anggota Formasi 9 Briged Sibu maut ditembak dua pemburu haram pada pukul 2.45 pagi, 23 September lalu ketika melaksanakan Eksesais Pasak Bumi (EPB) Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja di Song, Kapit.

Kejadian berlaku ketika anggota Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) itu sedang melaksanakan latihan di kawasan am Song pada 21 hingga 29 September ini melibatkan kawasan am Kanowit-Nanga Dap-Song dengan kekuatan satu Kompeni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI