fbpx

Kesilapan individu punca TFC hanya seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKHYAR (tengah) menghasilkan jaringan menarik menerusi gerakan solo ketika seri 2-2 dengan Thanh Hoa kelmarin. - PUQTRA HAIRRY

TERENGGANU FC (TFC) perlu menyalahkan diri sendiri selepas hanya seri 2-2 dengan kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa FC dalam aksi Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, skuad kendaliannya berhak memenangi perlawanan itu, namun dikecewakan oleh ketumpulan penyudah dan kesilapan individu pemain.

“Kami bermain baik pada 45 minit pertama dengan penguasaan tempo permainan dan mendahului 2-0 menuju separuh masa, malah layak meraih lebih daripada satu mata.

“Kesilapan mudah ketika bertahan menyebabkan lawan bangkit menyamakan kedudukan 2-2 sehingga menjejaskan motivasi pemain saya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Dalam perlawanan tersebut, TFC terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan solo Akhyar Rashid pada minit ke-20 dan tolakan kemas Manuel Ott (m-41) menerusi umpanan Azam Azmi Murad.

Begitupun, kelebihan dua gol itu disia-siakan selepas sepakan percuma Luis Antonio Suares dan jaringan sendiri Ubaidullah Shamsul Fazili menghadiahkan satu mata buat Thanh Hoa.

Steinbruckner berkata, skuad Sang Penyu memiliki deretan peluang untuk memenangi permainan, namun gagal disudahkan dengan sempurna memaksa pasukannya berpuas hati dengan keputusan seri.

Begitupun, beliau tetap berpuas hati dengan corak permainan dipamerkan anak buahnya yang disifatkan sudah hampir sempurna.

“Secara keseluruhan, kami bermain baik untuk sebahagian besar perlawanan tetapi ini bukan keputusan yang diharapkan. Kami gagal menjaringkan lebih banyak gol dan keputusan ini menyukarkan peluang untuk merebut dua tempat teratas Kumpulan A, ” katanya.

Bagaimanapun, Steinbruckner optimis peluang masih belum tertutup buat TFC melakukan keajaiban dalam baki tiga perlawanan terakhir untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI