fbpx

Kerajaan negeri terus lapor polis jika terima maklumat berkait GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY menyampaikan geran hak milik tanah STR kepada penduduk di Dewan Dato' Zaharudin Abu Kassim di Temerloh hari ini. 

TEMERLOH – Kerajaan negeri memandang serius isu GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang turut beroperasi di negeri ini sekali gus memantau isu ini dari semasa ke semasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis agar isu ini dapat ditangani dengan segera.

“Perkara ini dalam siasatan pihak polis dan kita sudah tentu ambil berat perkara ini kerana ia adalah isu semasa dan menjadi topik hangat dan perbualan orang ramai.

“Kalau kita ada laporan, kita bagitau kepada polis contohnya ada maklumat, kata lah kamu beritahu saya di Kerdau ada satu kedai GISHB disyaki, jadi saya akan bagitau pada polis,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis penyerahan Suratan Hakmilik Tanah bagi Skim Tanah Rakyat (STR) Daerah Temerloh di Dewan Dato’ Zaharudin Abu Kassim di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan dan menyelesaikan isu ini.

Isu GISBH mula menjadi hangat selepas pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengenai Op Global yang menagan 171 individu dalam serbuan di 18 buah premis pada 11 September lalu.

Susulan itu serbuan dilakukan secara berterusan di seluruh negara termasuk di Pahang yang menyaksikan lima kanak-kanak diselamatkan dalam satu serbuan di Temerloh.

Selain itu juga serbuan turut dilakukan di Beserah yang menyaksikan rampasan kuda dan pelbagai peralatan milik GISBH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI