fbpx

Kerajaan beri jaminan siasatan berkait GISBH dilaksana secara telus – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memastikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan siasatan terkait kegiatan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dengan telus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan, ini termasuk memastikan 542 orang kanak-kanak di bawah 18 tahun ditempatkan di Penempatan Perlindungan Sementara diberi akses kebajikan, kaunseling, kerohanian dan pendidikan.

Katanya, akses berkenaan diberikan bagi suatu tempoh sehingga selesai siasatan oleh pihak PDRM, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Mohon kepada ahli dan para pendukung di dalam dan luar negara yang bukan di bawah siasatan untuk menghubungi pihak berkuasa bagi meluruskan segala permasalahan yang dihadapi,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata serbuan ke atas 20 rumah kebajikan yang dikaitkan dengan GISBH Holding (GISBH) berhubung dakwaan eksploitasi serta penderaan kanak-kanak adalah hasil risikan dan siasatan oleh pihak polis selama enam bulan.

Beliau berkata, pihaknya menyiasat syarikat itu sejak 2011 iaitu sebelum dakwaan terhadap GISBH tular di media sosial baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI